Saturday, June 11, 2011

Seminggu di perkampungan - Ladang Kelapa Sawit FELDA Keratong 4 Part.1

Aktiviti ini boleh di katakan telah lama terpendam dalam perasaan. Kongkongan tanggungjawab kerana "berkhidmat untuk negara' demi anak bangsa terutama sekali buat anak FELDA yang menetap di Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru. Membara bara perasaan. Rindu, dendam, pilu, gembira dan macam-macam lagi la perasaan.

Perjalanan pulang dari Asrama Semai Bakti FELDA Johor bahru ke kampung halaman di Tanah Rancangan FELDA Keratong 4, Bandar Tun Razak, Pahang pada 28 Mei 2011 (sabtu) mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan membawa bersama keluarga (seorang isteri dan 2 orang anak yang disayangi). Mereka pun turut gembira kerana bukan senang nak dapat bercuti panjang. Keratong!!! Tunggu aku pulang!!! Haha... Aku tak tahu la orang lain macam mana perasaannya bila dapat pulang ke kampung halaman. Pada aku, bila dapat pulang ke kampung memang waktu yang paling dinanti nantikan. Sepanjang waktu bersama-sama pelajar di asrama, nak bercuti pun tak dapat masa yang panjang, jadi bila ada peluang memang tak dilepaskan. huhu..

30 MEI 2011 (SELASA)




Aktiviti casting besar-besaran tidak dapat diadakan kerana sahabat-sahabat terikat dengan komitmen masing-masing. Jadi terpaksalah mencari port-port yang berdekatan dengan kawasan perkampungan. Port ni memang dekat je dengan kawasan perumahan. Takdelah gerun sangat.

Seawal jam 7 pagi 30 Mei 2011 yang damai dan indah, keluar berseorangan. Tanpa teman. Berbekalkan 2 ekor katak. Dari membangau sampai la ke acara menebas. dekat sejam takde seekor pun mematuk. Arghh!!! Degilnya nak keluar, agaknya awal pagi lagi kot. Tapi takpe, raja kumpau tidak mengenal erti penat.. jeng jeng... tiba-tiba seekor saiz curut telah mengena. Ikan pertama ku buat sekian kalinya. haha... Curut-curut tak main la... Itu kata pak andak. Dalam fikiran memang sentiasa mengamalkan sikap tangkap dan lepas... Tapi kalau saiz yang kasar-kasar kita boleh mengamalkan sikap tangkap dan siang... Dah lama tak makan ikan haruan. Mana la haruan yang besar-besar ni.

Aku sebenarnya kalau gi mancing seorang diri ni rasa macam seram sikit. Iyer la, kita kan memancing haruan. Mesti masuk port-port semak. Jadi kita mesti membawa peralatan keselamatan yang secukupnya. Parang jangan lupa. Pastu doa-doa la apa yang patut. Hanya padaNya kita memohon dan berserah. Amin...

Katak tinggal seekor. Jam telah menunjukkan dekat 9.00 pagi. Aktiviti casting tetap diteruskan. Ternampak tanda-tanda buih yang menarik perhatian. Aku melemparkan katak ke kawasan tersebut dengan harapan ada sesuatu. Tidak sampai 5 balingan...Tiba-tiba.... sreetttt!!! Menjerit mesin spinning Ryobi Excia 1000 aku. Joran Fenwick Eagle GT 8-17lb sepanjang 6 kaki melentur ke tahap maksimum. Apakah itu?? haruan la dol!!! Oleh kerana keadaan lapangan casting yang penuh dengan lumut dan rumpai air - ini menyukarkan lagi kerja menaikkan ikan tersebut. haruan itu telah berjaya turun ke dasar di bawah lumut-lumut yang tebal dan akhirnya berjaya meloloskan diri... Huhu kumpau!!! Ini yang nak main jahat ni... Takpe, petang ni repeat.

pada petang tersebut, oleh kerana ingin sangat menaikkan haruan tersebut, aku menggunakan mesin spinning yang sama cuma di padankan dengan joran Lemax Pokta 8-20lb sepanjang 6 kaki setengah. Mana haruan tadi!!! Meh makan katak aku. Baru ko tahu... Berbekalkan 6 ekor katak, asyik membangau je la. Kumpau tak payah cakap la kalau saiz yang curut-curut tu. Agaknya keras sangat kot hujung joran tu. Lewat petang berbekalkan seekor je katak yang tinggal, aku cast di tempat pagi tadi. Berpuluh-puluh kali aku membaling di tempat yang sama. Yes!!! Akhirnya haruan itu keluar juga. Samada haruan yang aku kumpau pagi tadi atau tidak aku tak tahu. Yang aku tahu, dengan pokta 8-20lb, aku boleh memaksa haruan itu keluar dari halangan-halangan yang banyak di lapangan casting ku itu. Hahaha.. Berjaya dengan puasnya walaupun seekor. Tahniah untuk diri sendiri.... Cuma kredit boleh di beri kepada Lan - seorang sahabat kerana menemani dan membantu aku.